Jumaat, 5 Julai 2013

kek red velvet menggunakan tepung kek delisha


Kek Red Velvet
 Bahan:
1 bekas tepung red velvet
1 biji telur saiz A/B
60 grm butter
1/2 kecil esen vanila
1/2 cawan susu cair
1/4 sudu kecil jus lemon/sunquik(jika ada)
1/4 sudu kecil cuka masak

cara:
1.Pukul butter hingga kembang,masukkan telur,esen vanila, dan pukul hingga sebati
2.Campurkan jus lemon/sunquik(jika ada), ke dalam susu cair.
3.Masukkan tepung red velvet ke dalam campuran butter berselang seli dengan susu (tepung-susu-tepung-susu)
4.Akhir sekali,masukksn cuka masakan dan kacau sebati.Masukkan dalam loyang 7 inci,dan bajar atau kukus selama 30 minit (bakar pada suhu 160 c,api awah saja)

Cream cheese
250 grm cream cheese tartura(ada dijual dipasaraya)
250 grm butter
230 grm gula aising

Campur semua bahan,putar hingga kembang selama 5 minit.
Hiaskan cream cheese ini ke atas kek yang sudah sejuk.
Hancurkan sedikit kek,dan taburkan atas kek sebagai hiasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan